SDAR Lions Juara Ragbi Cobra 10 2009
Isnin, 29 Jun – SDAR LIONS mencatat sejarah apabila muncul juara mengalahkan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASYUR) dalam Kejohanan Ragbi Sekolah 10 Sepasukan COBRA-CIMB yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya semalam. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan oleh pasukan-pasukan terkuat bawah 15 tahun seluruh Malaysia termasuk Taiwan.
Kejayaan ini merupakan satu kenangan yang cukup manis kerana ini lah julung-julung kalinya SDAR menghantar pasukan untuk kejohanan ini. Penyertaan kali pertama ini telah membuahkan kejayaan. Apa yang lebih manis lagi ialah SDAR LIONS berjaya membalas dendam atas kekalahan pada pasukan SEMASYUR dalam Kejohanan Ragbi SBP yang lalu.
SDAR mendahului SEMASYUR dengan try oleh Mohd Lukman Mohd Jinal dan conversion olah Uzairil Hakim Ahmad Azli. Kemudian Amirul Sani telah menambah mata dengan try kedua dan seterusnya melihat SEMASYUR gagal bangkit memberi saingan. SDAR LIONS menang dengan 12-0. Kejayaan SDAR ditembah dengan Amirul Sani telah terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan.
Laluan kejayaan SDAR dalam peringkat kumpulan adalah kemenangan ke atas SEMASYUR 7-5, Maktab Sabah 10-5, dan Sains Johor 14-6. Di peringkat seterusnya SDAR menewaskan dua buah sekolah dari Taiwan 32-0 dan 10-7. Separuh akhir menemukan kembali SDAR dengan SSAS yang berkesudahan SDAR menang dengan 12-7.
Entri lain yang mungkin menarik:








Comment with your Facebook ID:
Jika anda ahli keluarga sdar926.com, dapatkan berita terkini melalui emel:
Leave your response!