Q&A: Bajang & Kerjaya Baru
Q: Apa cerita bro?
A: Baru resign dari kerja full time bulan Jun dulu dan sekarang melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang penternakan kambing di Sik, Kedah. Selain aku, adik perempuan dan suaminya pun turut sama terjun dalam bidang ni. Dua dua dari background IT. Seorang lagi pula ialah adik lelaki aku, pun bukan dari bidang penternakan.
Nah, ambiklah buah dokong ni. Aku pi ambik kat dusun tadi. Durian kampong pun ada.
Q: Banyak kambing kat sini. Berapa ekor semua? Jenis apa yang ada?
A: Sekarang adalah dalam 74 ekor. Ada macam macam jenis – Jamnapari, Boer, Pharrel dan Katjang. Dulu masa start awal awal dulu kitorang start dengan 25 ekor sahaja untuk batch yang pertama. Lepas tu kita beli lagi dari semasa ke semasa. Selain daripada tu, ada banyak jugalah yang melahirkan anak. Cuma adalah seekor kambing tu yang masih tak beranak anak lagi walaupun member member dia yang mula mengandung waktu yang sama semua dah beranak pinak. Ntah apalah masalah dia.
Niat kita adalah untuk menjadi supplier kambing yang reliable dan juga dipercayai, terutamanya untuk korban, aqiqah, serta peniaga yang ingin menjual daging segar di pasaran.
Q: Luas betul tanah kat sini. Selain daripada kambing, apa lagi yang ada kat sini?
A: Memang luas. Dalam 6 ekar gitu. Selain kambing, ada macam macam lagi. Kitorang ada jugak buat cili fertigasi sekarang ni. Adalah dalam 1,000 pokok dan insyaallah boleh nak harvest buah cili dalam 2 ke 3 minggu lagi. Selain tu, ayam kampong pun ada, pucuk kaduk, pokok pisang, harumanis, nenas, tebu, kedondong dan macam macam lagilah. Tapi kita cuba kekalkan fokus kepada penternakan kambing, manakala yang lain lain tu sebagai sampingan buat masa ini. Kita akan sentiasa kaji hala tuju syarikat dari semasa ke semasa untuk jadi lebih kompetitif.
Q: Macammana kehidupan sebagai usahawan sekarang. Sibuk?
A: Adalah pro and kontra dia. Dulu di pejabat, sekarang di ladang. Dulu sibuk, sekarang lagi sibuk. Kadang kadang tak berhenti kerja dari 7 pagi sampai 7 malam. Maklumlah, masih baru lagi, kenalah kerja kuat sikit dan tak boleh nak jadi complacent. Tengoklah lengan sekarang bro (sambil menunjukkan tangan yang sasa dan berurat urat).
Dulu pagi pagi nak meredah trafik jam untuk sampai ofis, sekarang tak perlu lagi. Bangun je ‘ofis’ dah tercegat belakang rumah. Kerja sekarang lebih fleksibel. Yang penting, mesti nak kena usaha. Tak boleh nak malas malas.
Q: Boleh ambik gambar bro?
A: Alah, gambar aku tak payahla. Ko ambik lah gambar2 kambing tu banyak banyak.
Q: So, nanti kalau kitorang perlukan kambing nanti boleh kontek bro lah ye.
A: Eh, mestilah boleh. Ambik kad bisnes ni. Apa apa persoalan ataupun jika berminat untuk mendapatkan bekalan kambing atau daging kambing, hubungi kami di Sinar Utara Agrofarm (AS0301 451 D) dengan menalipon saya Azhan (019-5512300), Zaim (019-5167911), Khairiah (019-4054911) atau Azri (017-4415435).
Koleksi gambar, kredit all to Bajang & team:







Laporan oleh: Cepr
Entri lain yang mungkin menarik:








Comment with your Facebook ID:
Jika anda ahli keluarga sdar926.com, dapatkan berita terkini melalui emel:
Leave your response!