Home » Macam Macam

Majils makan-makan dan futsal bersempena Anniversary 926‏

20 December 2009 No Comment

Assalamualaikum wbt

Seperti tahun-tahun yang lalu, bertempat di Sports Barn pada 19/12 (Sabtu) 9.00 malam, sesi futsal pada malam itu disertai dengan jamuan makan yang ringkas tetapi lazat. Walaupun kehadiran pada kali ini tidak memberansangkan kerana ramai di kalangan regulars yang tidak dapat menghadirkan diri, dan kehadiran sdarina yang semakin berkurangan, majlis tetap beralangsung dengan lancar. Kelihatan juga Sdarina yang baru mendaftarkan diri turut hadir bersama-sama memeriahkan suasana. Juga penampilan istimewa Ya’ yang kali terakhir dilihat 2 tahun lalu, seakan mengembalikan nostalgia 16 Disember.

Mungkin kurangnya promosi, promosi last minit, cuti hujung minggu yang panjang, kesempatan untuk balik kampung, mempengaruhi kehadiran pada malam tersebut. Harapan agar kurang sambutan dalam aktiviti yang dianjurkan tidak menunjukkan warga 926 mula menjauhkan diri dari keluarga besar 926. Komitmen kerja, keluarga dan sebagainya menjadi faktor kepada kemerosotan kehadiran. Faktor usia yang semuanya telah memasuki era 30 tahun sepatutnya tidak dijadikan alasan utama.

Apa-apa pun, diharapkan pada tahun depan, kita dapat menyusun kembali aktiviti2 kita agar bersesuaian dengan umur dan status yang rata-ratanya telah jadi laki orang dan bapak orang… aktiviti yang boleh disertai oleh sdarina dan anak2 kita…

ok… majlis sambutan anniversary di sports barn kali ini tidak menghidangkan variety makanan, tetapi alhamdulillah cukup untuk mengisi perut dan ditapau untuk dibawa pulang. Kesempatan ini, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Chef Ezham aka Che Bintang @ Yok Mampir Cafe kerana menyediakan makanan yang lazat untuk hadirin pada malam tersebut. Kueh tiow goreng, mi goreng, nuggets memang lazat. Prak yang datang bawak KFC berbarrel-barrel membuatkan Pyan dah tak lalu nak tengok ayam lagi. Seperti biasa Butet menaja minuman, dan beberapa makanan sampingan lain yang tidak kurang lazatnya di bawa oleh hadirin yang hadir… Terima kasih juga kepada ahli2 futsal lain yang bukan di kalangan 926 yang turut sama memeriahkan suasana…

Program ini akan tetap diteruskan pada tahun hadapan… InsyaAllah…

Jumpa lagi di aktiviti tahun hadapan… Minggu depan dinner sdara… tahun depan aktiviti yang dah menunggu kenduri kawin Rusdy, Kadzim, dan Rizal M dan mungkin Mush… :)

- Gor aka Abu Anas

ps: kalau free, kawan2 sume boleh bawak keluarga makan western food di Yok Mampir Cafe… Tak jauh pun… kalau taknak pegi sorang-sorang kita boleh plan pegi ramai2… Gor kalau terasa nak makan western, memang ke Yok Mampir lah… sape2 nak pegi, boleh ajak Gor sekali

Entri lain yang mungkin menarik:

  1. 30-an!
  2. Jemputan Kenduri Kahwin Rizal Mohamed
  3. “hidup mcm pantai”
  4. Kelantan Kempunan Lagi..
  5. SDARA Futsal Tournament 2009

Comment with your Facebook ID:


Jika anda ahli keluarga sdar926.com, dapatkan berita terkini melalui emel:
Enter your Email


Preview | Powered by FeedBlitz

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.