Kelantan Kempunan Lagi..
Malam tadi mungkin malam yang panjang bagi beberapa keluarga 926ers seperti Mush, Gorock, Hariri, Nasa, Yusmie, Khairulsham dan lain lain selepas hampa untuk melihat pasukan Kijang merangkul piala FA buat kali pertama. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam, Kelantan tewas menerusi tendangan penalti 4-1 kepada Selangor.
Selangor pula bersorak riang apabila menambah koleksi piala FA buat kali ke-5 selepas memenangi piala tersebut pada tahun 1991, 1997, 2001 dan 2005.
Penantian hampir 40 tahun dilihat seolah olah akan berakhir apabila penyerang Nor Farhan menanduk masuk hantaran ketua pasukan, Badhri Radzi 3 minit selepas masa tambahan pertama bermula. Namun kealpaan pertahanan Kelantan yang gagal mengawal kemas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah membolehkan pemain tersebut menjaringkan gol penting penyamaan 10 minit kemudian.
Seorang lagi penyerang Kelantan, Khalid Jamlus, gagal menyerlah dan dilihat tidak banyak melakukan larian memberangsangkan mungkin disebabkan mempunyai masalah buntut yang semakin memberat.
Indra Putra Mahyuddin, yang dilihat mampu untuk menjadi pencetus kemenangan Kelantan, mengalami nasib yang agak malang apabila dua kali sepakan derasnya sekadar menggegar palang gol, walaupun penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad telah ditewaskan. Sepakan pertama dilakukan pada waktu permainan terbuka, dan sepakan kedua adalah menerusi tendangan penalti.
Perlawanan berakhir dengan tendangan penalti selepas kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas masa penuh dan masa tambahan.
Tahniah buat pemenang. Yang kalah, boleh terus berjuang di masa hadapan.
Entri lain yang mungkin menarik:








Comment with your Facebook ID:
Jika anda ahli keluarga sdar926.com, dapatkan berita terkini melalui emel:
Leave your response!