|
POT LUCK PARTY BERLANGSUNG MERIAH |
|
Written by Putera Bongsu 926
|
|
Wednesday, 17 January 2007 |
|
926 Family Pot-Luck Party kali ke-2 bersempena sambutan ulangtahun ke-15 Sdara 926, berlangsung meriah di Sports Barn Petaling Jaya, malam 13 Jan (Sabtu) lalu. Majlis yang juga diadakan untuk meraikan krew-krew Sdara Futsal 2006 ini juga turut disertai dengan acara futsal selain daripada menjamu selera. Pot Luck Party kali pertama diadakan pada 17/12/2005 juga bersempena dengan ulangtahun sdar926 yang disambut setiap 16 Disember.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 17 January 2007 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Putera Bongsu 926
|
|
Wednesday, 17 January 2007 |
|
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Ansara 10s 2007 telah memperlihatkan Sdar Lions RC berjaya melangkah ke final kedua-dua kategori bahagian masing-masing setelah bertungkus-lumus selama dua hari di Padang Utara, Petaling Jaya pada 13 dan 14 Januari 2007.Dalam kategori alumni, Sdar Lions RC telah berjaya menjuarai bahagian plate setelah menewaskan SEMESTA Old Boys dengan skor 12-0 manakala dalam kategori Bawah 19 tahun, Sdar Lions RC telah kecundang di perlawanan akhir Cup di Ex-SEMSAS Eagles dengan skor 0-3. |
|
Last Updated ( Sunday, 21 January 2007 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Putera Bongsu 926
|
|
Wednesday, 17 January 2007 |
|
Assalamualaikum wbt 926 Family menambah ahli baru apabila Mohd Yusri Azili (Jiept) menimang cahaya mata kedua pada 12 Januari 2007 dan Hamdan Mohamed (Nyoque) menyambut cahaya mata pertama pada 14 Januari 2007. SMS daripada Jiept diterima pada 12/01/07 jam 7.38 pagi berbunyi “Alhamdulillah, wife aku dah bersalin di HSIJB pkl 6.48am. Baby SDARINA 2.84kg. Terima kasih ats doa semua. –jijip” (016-7907870)
Jiept yang dihubungi memaklumkan Baby Sdarina belum diberikan nama lagi. Tahniah kepada Jiept dan Sdarina Yana yang sebelum ini telah pun dikurniakan seorang baby sdarina, Damia Insyirah Mohd Yusri. Nyoque pula mengirim SMS pada 16/01/07 jam 9.45 malam memaklumkan berita gembira beliau. “Älhamdulillah, wlaupom line internet blom stabil, pd 0530 140107, wife aku berjaya memuat turun file babyboy.exe bersize 2.99kilobytes. terima kasih atas doa kalian.” (017-3661492)
Tahniah kepada Nyoque dan Sdarina Yuzi. Semoga dengan installnya file baru tu, bertambah meriahlah website korang. Bagi pihak sdar926.com, kami semua tumpang gembira dan mendoakan kesihatan baby-baby dan sdarina-sdarina kalian. |
|
Last Updated ( Sunday, 21 January 2007 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
| Results 13 - 16 of 23 |