Skip to content

SDAR Batch of 92'6's Lair

Default screen resolution  Wide screen resolution  Increase font size  Decrease font size  Default font size 
You are here:    Home arrow All Contents arrow Kuala Juru : Jalan-jalan cari makan

Login Form

Main Menu

Home
Forum

Event Calendar

September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30
Kuala Juru : Jalan-jalan cari makan Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Mohammad Azhan Jamaludin   
Monday, 16 July 2007

Selepas ke Kuching, Sarawak tibalah pulak giliran pulau mutiara menjadi destinasi sdara Mush. Walaupun kedatangan pada minggu lepas atas urusan rasmi, namun dia tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan beberapa sdara926 yang bermastautin di sini.

 

peserta jjcm           warung

Antara aktiviti yang sempat dirancang dan diadakan ialah mencuba hidangan yang agak terkenal dan agak sukar didapati di tempat lain iaitu nasi goreng ketam di Kuala Juru. Masa yang dijanjikan ialah pada petang Selasa 10hb di lobi hotel Pearl View. Turut meluangkan masa (dan sanggup mengharungi kesesakan trafik di jambatan Pulau Pinang) ialah wakil dari TNB Stesen Janakuasa Gelugor iaitu sdara Kadzim. 

Tepat jam 6.15 kami bertolak ke Kuala Juru. Perjalanan mengambil masa antara 30-45 minit dari Prai bergantung pada trafik tapi keadaan pada petang tersebut trafik agak lancar. Sepanjang perjalanan antara perkara yang dibualkan ialah “sikap” pemandu di Penang yang agak hampeh berbanding di Lembah Kelang. Penulis dan sdara Kadzim yang sedia maklum dengan situasi tersebut hanya dapat bersetuju dengan pandangan sdara Mush sambil memberikan beberapa pengalaman peribadi yang lebih mengerikan. 

Sebaik sahaja sampai di Kedai tersebut (Warung Pak Su) kami terus memesan hidangan. Walaupun hidangan utama iaitu nasi goreng ketam ada, namun agak mengecewakan kerana hidangan sampingan seperti Kerabu Mempelam dan Kerang Bakar tidak ada. Lebih kurang 20 minit hidangan yang dipesan sampai dan tanpa membuang masa kami terus “membedal” ketam-ketam tersebut. Gambar sebelum dan selepas hidangan...

  

Setelah kekenyangan dan dalam perjalanan pulang kami singgah di masjid yang hanya terletak di depan kedai tersebut untuk solat maghrib. Dalam perjalanan pulang kami singgah di kuarters TNB yang terletak bertentangan dengan Hotel Pearl View untuk menghantar pulang Kadzim yang memarking keretanya di situ. Lebih kurang jam 9.15 penulis selamat menghantar kembali Mush ke tempat penginapannya. 

ps: Gambar-gambar yang dilampirkan agak kurang berkualiti kerana hanya menggunakan handphone saja…harap maklum… Warung Pak Su boleh dihubungi di 012-4090771...

Last Updated ( Tuesday, 17 July 2007 )
 
< Prev   Next >