| Muara Tebas - Menjejaki Ibrahim Alli |
|
|
| Written by Zulkifli Musa | |
| Saturday, 07 July 2007 | |
|
Namun aktiviti yang paling penting dan mempunyai signifikasi yang besar terhadap keluarga batch SDAR926 ialah pengembaraan menjejaki salah seorang saudara SDAR926, Ibrahim Alli atau Baim, di daerah kelahirannya iaitu di Muara Tebas, Sarawak. Sebenarnya rancangan untuk mencari Baim ini telah bermula semenjak aku datang ke Kuching ini, tetapi rancangan tergendala kerana berdasarkan rekod contact number yang ada, tiada hasil yang diperolehi. Kehadiran Mush ke Kuching telah membuka semula peluang untuk usaha menjejaki Baim. Baim pernah aktif dalam Yahoogroup SDAR 926 yang lama beberapa tahun yang lalu dan seringkali berceloteh dalam 'kolum'nya yang tersendiri iaitu BBB (Bila Baim Bersuara). Namun, semenjak akhir akhir ini tiada berita kedengaran dari Baim, dan ramai orang tertanya tanya ke manakah gerangannya Baim, dan apakah cerita terbaru dari Baim. Usaha menjejaki Baim bermula dengan membelek semula Majalah SEDAR 926 dan mencari nombor telefon dan alamat Ibrahim. Nombor telefon yang didail, dijawab oleh mesej suara mengatakan nombor digantung buat sementara. Sementara itu tiada sebarang rekod ditemui dalam buku panduan telefon versi Sarawak yang dapat memberikan klu. Jadi resolusi terakhir ialah meredah bumi Sarawak berdasarkan alamat yang diberi di dalam majalah SEDAR, iaitu No. 53, Kg. Pasir Putih, Muara Tebas, Demak Laut, Kuching, Sarawak.
Mula mula memang beberapa kali tersesat menyebabkan kekecewaan mula melanda diri, tetapi kekecewaan ini diubati oleh Mush dengan mengambil gambar gambar awek Sarawak setiap kali bertembung dengan mereka tanpa segan silu. Di sini juga kami sempat merakam fenomena 'forest fire' di mana cuaca panas menyebabkan banyak kawasan kering terbakar dengan sendiri.
Sampai ke hari ini masih tiada panggilan diterima dari Baim. Kepada Baim, jika anda membaca ini, sila silalah menelefon dan updatekan khabar berita, kerana ramai kawan kawan di sini yang ingin tahu keadaan saudara saudara mereka yang jauh. Aku juga nak mengucapkan terima kasih kepada Mushriff kerana usaha untuk menjejaki rumah Ibrahim (walaupun tak jumpa tuannya) akhirnya berjaya juga. Kami berdua juga berharap semoga usaha jejak kasih untuk menemui rakan rakan yang telah lama menghilang ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. SDAR926 forever and ever. Zulkifli Musa @ Cepr. |
|
| Last Updated ( Sunday, 08 July 2007 ) |
You have to login before you can shout!